Monday 17 June 2013

allahurabbi..



بسم الله الرحمن الرحيم


Friday 14 June 2013

Bernilainya kasih sayang Allah.. :)

Bismillahirrahmanirrahim......


Si ibu sangat arif bahawasanya kasih sayang sangat-sangat diperlukan oleh naluri dan tujuannya berpesan kepada anak gadisnya agar kasih dari suami akan turun kepada anaknya. dengan kasih sayanglah si isteri bersemangat untuk menghadapi apa jua beban rumahtangga yang berat-berat. Dia merebut kasih sayang dari suaminya dengan satu modal saja iaitu berbuat sesuatu yang disukai oleh suaminya dan menjauhkan sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya. 

Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar. Pelajar akan merasa puas dengan apa yang dipelajarinya jikalau menerima kasih sayang dari gurunya. Dan untuk mendapatkan kasih sayang guru seseorang pelajar harus mempelajari adab dan tatasusila berhadapan dengan guru.Begitu juga apabila kita berhadapan dengan hidup dan keluarga. Seseorang itu akan merasa puas sekiranya ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Tanyalah diri kita sendiri, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada gurunya, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada ibu dan ayahnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada pemimpinnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayangnya daripada kekasihnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang dari manusia yang lain. 

Mengapa tidak ramai manusia yang mahu merebut kasih sayang Tuhan sedangkan kasih sayang Tuhan itu lebih murni daripada kasih sayang yang diberikan oleh manusia. Kasih sayang Tuhan kekal abadi, kasih sayang makhluk hanya sementara. Megapa terlalu sedikit manusia beramal kerana merebut kasih sayang daripada Tuhan. Lihatlah betapa gigihnya seseorang itu sanggup bekerja untuk mendapatkan kasih sayang dari pemimpinnya. Begitu juga lihatlah betapa gigihnya seorang kekasih yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kekasihnya. Sedangkan dengan Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan kita, yang memberi kita rezeki, kepandaian dan yang akan mematikan kita, kita tidak nampak malah ibadah kita cuai. Mungkin diantara kita ada yang tidak pernah solat dan pergi ke maasjid. Sepatutnya kita bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kasih sayang Allah. Apabila kasih sayang Allah mencurah-curah kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi segala rintangan kehidupan. 

Kalau kasih sayang daripada guru kita sahaja menyebabkan kita bersemangat untuk belajar, maka jika kasih sayang Allah S.W.T, lebih lagilah kita akan mendapat kekuatan dan kelapangan fikiran di dalam memahami setiap pelajaran yang akan diajarkan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengkoreksi diri kita, adakah telah selesai ibadah kita dengan Allah dari segi solatnya, dari segi penutupan aurat, atau dari segi adab dan tatasusila dengan guru, ibu bapa, kawan-kawan dan manusia yang lain yang Allah perintahkan kepada kita untuk sempurnakan.

Ingatlah sabda baginda Rasulullah S.A.W : " Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberikan manfaat kepada manusia yang lain". Dan Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah, ayat 165 : " Dan mereka yang beriman itu, sangat kasih kepada Allah S.W.T ".