Monday, 17 June 2013

allahurabbi..



بسم الله الرحمن الرحيم


Friday, 14 June 2013

Bernilainya kasih sayang Allah.. :)

Bismillahirrahmanirrahim......


Si ibu sangat arif bahawasanya kasih sayang sangat-sangat diperlukan oleh naluri dan tujuannya berpesan kepada anak gadisnya agar kasih dari suami akan turun kepada anaknya. dengan kasih sayanglah si isteri bersemangat untuk menghadapi apa jua beban rumahtangga yang berat-berat. Dia merebut kasih sayang dari suaminya dengan satu modal saja iaitu berbuat sesuatu yang disukai oleh suaminya dan menjauhkan sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya. 

Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar. Pelajar akan merasa puas dengan apa yang dipelajarinya jikalau menerima kasih sayang dari gurunya. Dan untuk mendapatkan kasih sayang guru seseorang pelajar harus mempelajari adab dan tatasusila berhadapan dengan guru.Begitu juga apabila kita berhadapan dengan hidup dan keluarga. Seseorang itu akan merasa puas sekiranya ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Tanyalah diri kita sendiri, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada gurunya, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada ibu dan ayahnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada pemimpinnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayangnya daripada kekasihnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang dari manusia yang lain. 

Mengapa tidak ramai manusia yang mahu merebut kasih sayang Tuhan sedangkan kasih sayang Tuhan itu lebih murni daripada kasih sayang yang diberikan oleh manusia. Kasih sayang Tuhan kekal abadi, kasih sayang makhluk hanya sementara. Megapa terlalu sedikit manusia beramal kerana merebut kasih sayang daripada Tuhan. Lihatlah betapa gigihnya seseorang itu sanggup bekerja untuk mendapatkan kasih sayang dari pemimpinnya. Begitu juga lihatlah betapa gigihnya seorang kekasih yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kekasihnya. Sedangkan dengan Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan kita, yang memberi kita rezeki, kepandaian dan yang akan mematikan kita, kita tidak nampak malah ibadah kita cuai. Mungkin diantara kita ada yang tidak pernah solat dan pergi ke maasjid. Sepatutnya kita bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kasih sayang Allah. Apabila kasih sayang Allah mencurah-curah kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi segala rintangan kehidupan. 

Kalau kasih sayang daripada guru kita sahaja menyebabkan kita bersemangat untuk belajar, maka jika kasih sayang Allah S.W.T, lebih lagilah kita akan mendapat kekuatan dan kelapangan fikiran di dalam memahami setiap pelajaran yang akan diajarkan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengkoreksi diri kita, adakah telah selesai ibadah kita dengan Allah dari segi solatnya, dari segi penutupan aurat, atau dari segi adab dan tatasusila dengan guru, ibu bapa, kawan-kawan dan manusia yang lain yang Allah perintahkan kepada kita untuk sempurnakan.

Ingatlah sabda baginda Rasulullah S.A.W : " Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberikan manfaat kepada manusia yang lain". Dan Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah, ayat 165 : " Dan mereka yang beriman itu, sangat kasih kepada Allah S.W.T ".

Saturday, 20 April 2013

Jom amalkan makanan sunnah

Bismillahirrahmanirrahim..


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

 Black Seed Oil ( RM 30.00 / 60softgel ) 

Extra Virgin Olive Oil ialah produk pertanian dari benua Asia bagi tahun 6000 yang lalu. mereka berkembang di Iran, Syria dan Plaestin serta seluruh rantau Mediterranean. Antara kebaikan Extra Virgin Olive Oil ialah untuk membantu melambatkan proses penuaan & melembutkan kulit, membantu mengurangkan tahap kolestrol, membantu untuk mencegah kanser payudara & kanser kulit, membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu untuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, dan membantu mencegah penyakit batu karang.  

Extra Virgin Olive Oil (RM 25.00/ 60softgel)

Jom amalkan makanan sunnah.. kalau bukan hari ini bila lagi?
P/S : Untuk order bolehlah hubungi cik faza 0104058699. Harga diatas termasuk pos. Harga boleh dirunding jika 10 keatas.




Saturday, 23 February 2013

Nasihat


Nasihat itu seperti ubat, Kita nak sihat, tapi kita tak nak makan ubat!

mesti semua tertanya2 np dgn nasihat? baca nie ;) btw, copy paste fb :)




Dear Future Husband :

I'll be a good wife ever after NIKAH as long as you promise me one thing. Help me and accompany me in getting to Jannah.:') 

Rintihan Di Malam Hari


Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
hanba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sekinah,maghrifah dan mutmainna.

Friday, 22 February 2013

Pesanan Ayahanda


Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.

Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.

Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Jika anakanda jadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.

Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.

Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
Orang jahat anakanda jauhkan.

Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.

Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.

Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.

Miss U Abah ( En. Zakaria Bin Mat Zin ) <3 <3 <3

Sabar~~



Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan aku serahkan tetapkan iman

Diri dalam tetapi....


Diri ada keberanian
tetapi tiada kejujuran
diri ada kesungguhan
tetapi tiada keikhlasan
antara berani jujur sungguh ikhlas
tetapi tiada satu tindak berbalas.

Engkau kuat pantas berlari
tetapi tiada kaukejari pahala diri
engkau hebat melayari samudera
tetapi tiada jasa mengasuh manusia
engkau harapkan malam jadi siang
tetapi tiada peduli anugerah Tuhan
engkau lihat mentari dan nyaman bulan
tetapi tiada tekuni fitrah alam
engkau inginkan sejahtera kehidupan
tetapi tiada hayati makna kebajikan
engkau kuasai segenap penjuru kuasa
tetapi tiada pernah kembali kepada-Nya
diri dalam tetapi
tetapi dalam diri
engkau dalam tetapi
tetapi kekal tetapi.

A AZIZ DERAMAN

Betapa kasihnya para sahabat kepada Rasulullah S.A.W


ABU Ayyub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah. Ketika Rasulullah SAW memasuki Madinah, setiap orang daripada kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah SAW turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi SAW secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: "Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan." Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a. Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu bernilai, kemudian terus masuk ke rumahnya. Rumah Abu Ayyub r.a terdiri daripada dua tingkat. Nabi SAW memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di tingkat atas, malah beliau tidak dapat tidur sedikit pun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Lalu beliau datang berjumpa Rasulullah SAW dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut, kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas. Pada masa itu juga muka baginda kelihatan ceria, lantas baginda berkata: "Janganlah kamu menyusahkan diri kamu, wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami." Lalu Abu Ayyub mengisahkan peristiwa tersebut: "Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut. Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah SAW berada. Pada keesokan paginya aku berjumpa Rasulullah SAW, kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut.
Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah." Rasulullah SAW menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana. Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah SAW, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya. Selain itu, Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau sertai kecuali berlakunya beberapa peperangan dalam satu masa. Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan turut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi SAW sehinggalah ke zaman Muawiyah. Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuka kota Constantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah tua. Umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut. Dalam pelayaran itu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: "Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?" Lantas beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia, kemudian mengkebumikan beliau di bumi musuh - mengkebumikan beliau di pagar sempadan Constantinople. Ternyata beliau meninggal dunia pada masa tersebut. Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke sempadan Constantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub bersama-sama mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub, kemudian mengkebumikan beliau di pagar sempadan kota tersebut...

Allah... 

Masa :/



Masa pasti menyusur pergi, 
masa yang dahulu menjadi saksi, 
sehari yang berlalu pergi, 
keatas kamu dia menyaksi, 
jika semalam kau kesali, 
kerana menghinanya diri sendiri, 
hari ini berbuatlah bakti, 
agamamu orang yg terpuji, 
usah ditangguh 'amal bakti, 
ke hari yg belum dikenal pasti, 
mungkin hari menjengah ke mari, 
kamu pula telah kembali, 
di hari kau mengatur strategi, 
sekarang tuah datang mendekati, 
hari tetap berlalu pergi, 
yang pergi tidak akan kembali...


Ya Allah.. berkatilah masa yang Kau berikan padaku.. Aminn Ya Rabb.. T_T

Wednesday, 20 February 2013

Ahlan Wasahlan

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dengan limpahan rahmatNya kita dapat merasai nikmat Iman.. Alhamdulillah.. welcome to my blog.. Blog ni first assignment tuk sem2. thanks to K Geng .. I lov U all.. <3 .. wassalam..